Tuesday, June 24, 2008

Bicester Village @ UK


Beicester Village - very the macam village kan?.. tapi village yang paling meletup di dunia

Semasa my last trip to London, I pi ke satu tempat yang diberi nama Bicester Village (Mat Saleh kat sana dok pronounce Binster- rasanya lebih kurang cam tu lah, kalu salah jangan kutuk). Walaupun dipanggil Village, ini bukan kampung ye. Kalau u ols ingat ia setaraf dengan kampung u ols yang ada Pasukan Rukun Tetangga dan Mak Cik Limah menjual nasi lemak lauk sotong lagi anda semua silap.

Bicester Village terletak di luar kota London iaitu tempat nama Oxfordshire. rasanya kalu drive lebih kurang sejam kut. kalu naik train pun ada. naik train dari london dan turun kat stesen Bicester North lepas tu naiklah bas. The parking space is ample and as usual the public transport kat UK ni quite efficient. So tak perlu risau sangat kalu tak de transport.

Kat sini adalah tempat dimana berkumpulnya factory outlet shop yang berlambak-lambak (dalam 100 butik kut).. daripada Bally sampai ke Calvin Klein, DKNY hinggalah ke Dior ke Salvatore Ferragamo ke Dunhill. Semuanya ada di situ. Kalu minat sporty, brand cam Puma dan Reebok jugak ada.
Perkara yang menarik tentang Bicester Village ialah barangan-barangan branded yang dijual boleh dikategorikan murah. Diskaun sehingga 90% pun ada. Tak ke giler dibuatnya.

Walaupun semasa membeli tetap sifir kali 7 diaplikasikan (sebab 1 pound lebih kurang 7 ringgit or less) tapi perjuangan mencari barangan murah tetapi branded tetap diteruskan . I dah hafal dalam kepala kali 7.. my math teacher would be proud!...

Kat sini masuklah butik Dior, berbagai jenis bag ada kat sini. Daripada classic tote sehinggalah ke saddle. Terperasan satu design Dior saddle bag (design memang tak pernah perasan kat Malaysia) yang harganya lebih kurang seribu duit malaysia. If I not mistaken kalu jenis cam tu kat butik biasa tak kurang RM3 ribu lebih. MELETUP DAN CANTEK gila. So tak ke meroyan sapa yang minat Dior. Tapi I tak beli lah. Walaupun murah, tapi takut kena makan pasir bila sampai Malaysia . Tapi tak perasanlah pulak latest-latest design macam dalam Vogue dan Harpers. Nama pun factory outlet, so takkan nak sama design dengan kat high class butik dia kan.


Bergambar macam very the.... (perlu ke).
In stripe collar t-shirt (Reject Shop) , pants (Soda- from Parkson KLCC ), Beg Calvin Klein and slippers (Polo)

I went into Calvin Klein (CK) underwear punya butik. Belilah juga underwear dia. Harganya tak sampai RM30. Beli baju t-shirt CK dalam RM50 je.. oh.. HEAVEN. Murah-murah giler jika dibandingkan dengan KL. Tetapi terpaksa berebut dengan makcik-makcik omputih sebab kat sini sebab dilambak macam kita shopping kat Carrefour je. Dan ada juga buy one free one. So I get jugak jugak baju-bajan dalam harga RM70 dan free satu lagi. Meroyan-meroyan.

Masuk dalam Levi's... erm.. taklah murah sangat jika dibandingkan dengan KL. Tapi harga still sedikit murah. So kalu nak beli ok jugak. Levi's murah jika di US.

Kat Reebok pulak, kasut dan beg ok jugak harganya. Tak mahal sangat dan kalu pandai cari dan ada saiz memang boleh dapat murah. Boleh borong jersey dia.

Salvatore Ferragamo.. oh kat sini I ada nampak beg classic dia. Harga memang MURAH. Dalam RM2000 dah leh dapat dah. Ingat beg -beg designer ini timeless. So it is good investment.
Beli sekarang leh pakai sampai umur tua gayut nanti.


Kalu nak cari orang Malaysia kat sini pi lah ke Clark. Mesti terjumpa orang Malaysia. Mesti diorang dok pi beli kasut kulit office Clark. Kalu kat Malaysia harganya RM300 kat sini boleh dapat RM200 lebih cam tu. orrrr.. maybe kalu nasib baik leh dapat RM100. kat sini ada tawaran kasut clark buy one free one lagi. Berebutlah orang-orang malaysia...Kasutnya memanglah tahan lama dan designnya classic. Erm.. sorry but I am not really into clark punya kasut. Not really my taste lah.

Tiba2 kalu terdengar orang cakap perkataan seperti "mahal" ataupun "murah" ataupun "kalu duit kita berapa?" sah sah orang itu orang malaysia. So janganlah nak kekwat ataupun sombong, senyum-senyumlah. Kalu diorang nak menyombong janganlah rasa kecik hati.. diorang pun bukan kelas mana pun, tetap nak shopping kat factory outlet, kalu kelas dan kaya sangat.. pi lah kat Bond Street atau Harrods.. yang harga mahal nak mampus tu.. betuk tak?

Kita menghabiskan masa lebih kurang 6 jam kat sini. Oklah.. cukuplah. Duit pun semakin menyusut. tak beli banyak mana pun cuma kadang-kadang terfikirlah jugak.. awatlah dok shopping sampai cam ni. Pakailah apa yang ada kan.. tapi nafsu tetap mengatasi segalanya.

So kalu pi UK jangan lupa bershopping di Bicester Village (or pronounce Binster!!!).

CuteCarry is born

Welcome to CuteCarry the blog..
Blog ini khas untuk mereka yang suka bershopping, yang memang minat bershopping dan yang suka menghabiskan duit untuk bershopping bagai sakan siang dan malam tanpa mengira samada duit ada atau tidak.

bak kata orang Perak "Bior pape asal bergaye!

Secara pendeknya cuba lihat checklist di bawah untuk siapa yang patut selalu melawat blog ini:-

þ Sukakan fesyen

þ Suka bergaya dan membimbit beg-beg yang paling menarik

þ Menganggap window shopping salah satu bentuk senaman

þ Kadang-kala terfikir “betul ke apa yang aku pakai ni?”

þ Menganggap membeli belah di internet adalah satu gaya hidup

þ Masih membimbit beg yang besar dan berat dan memakai kasut yang ketat dan tidak berapa selesa kerana ia adalah fesyen terkini

þ Tertanya-tanya apa yang Kate Moss dan Ziana Zain pakai dan bag jenis apa diaorang beli

þ Bukanlah jenis yang suka membeli barangan tiruan


So.. NJOY.....